Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari IBU

Walaupun dah berlalu, namun aku gagahkan diri juga nak ucap Selamat Hari IBU kepada mendiang emak saya yang dicintai dan sangat disayangi yang telah pergi dahulu meninggalkan kami sekeluarga. Kami redha dengan pemergiannya kerana yakin Tuhan lebih menyayanginya. Ibu bagaikan sebuah permata yang tak ternilai harganya. Ibu adalah segala-galanya. Syurga ditapak kaki Ibu.Selamat Hari Ibu kepada yg bergelar Ibu Bonda Mama Mummy Emak Indai Mother ~ Bagi insan seperti aku yg dah takda Ibu :: kasîh dan sayang ini hanya disampai melalui doa dan ingatan sahaja..miss u MAK (^^,)

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Selamat Hari Ibu buat ibuku dan ibu-ibu di Malaysia dan serata dunia..

No comments:

Post a Comment