Hari ini kita bercerita pasal keranda dan kubur...tempat persemadian terakhir manusia selepas kematian. Umumnya kita tahu bahawa badan kita atau dikenali sebagai jasad hanyalah pinjaman semata-mata. Selepas roh kita diambil dan dicabut, maka tinggallah jasad kita sahaja yang tak bernyawa. Jasad akan disemadikan, dikuburkan dan dibiarkan mereput bersama tanah....namun begitu, jenis penguburan sesuatu kaum sangat berbeza. Adakalanya jenis penguburan bedasarkan adat asal dan lama sesuatu kaum. Tidak semua manusia di dunia ini menanam jasad ke dalam tanah.
Ada pelbagai-bagai jenis dan bermacam-macam cara manusia menguburkan atau menyemadikan jasad.
Colma Necropolis
Pekan ini mempunyai 17 tempat pengkebumian untuk manusia dan satu untuk mengembumikan
haiwan kesayangan. Yang mati lebih banyak daripada yang hidup dengan
seribu nisbah satu 1000:1!!!!! Colma memiliki 1,500 penduduk dan memiliki sekitar 1.5 juta
kubur.
Sedlec Ossuary
Sedlec Chapel yang berada di Kutna Hora, Republik Czech telah menjadi perkuburan
selama hampir 900 tahun. Pada waktu itu, terdapat beribu-ribuan mayat dan jasad yang telah dikebumikan di situ. Setiap kematian yang disemadikan di Sedlec Chapel mempunyai cerita tersendiri, namun begitu kebanyakan kematian yang di catatkan adalah kerana
wabak, peperangan, dan bencana alam.
City of the Dead
Di Dargavs, Ossetia Utara mempunyai koleksi 95 batu pembinaan dikenali sebagai Kota Orang-Orang Mati (City of the dead). Beberapa antaranya berada di bawah tanah, yang lain adalah di atas tanah, dan yang lain adalah sedikit daripada keduanya.
Fontanelle Cave Tombs
Fontanelle Cemetery merupakan suatu kawasan perkburan yang terletak di gua-gua bawah tanah di Naples, Itali. Bekas lombong batu telah pertama kali digunakan untuk pengebumian pada 1656 sebagai respon terhadap jumlah sangat besar daripada kematian kerana wabak.
Capuchin Catacombs
Capuchin Catacombs di Palermo, Itali adalah sebuah lokasi bagi peyimpanan ribuan mumia yang
dipamerkan. Mayat yang telah diawet dan dibalsem dikebumikan di kubur bawah tanah
(catacomb) tetap dijaga lebih baik daripada tempat pengkebumian lain.
Hanging Coffins, Filipina
Kawasan tebing batu kapur yang tinggi di Sagada, Filipina
nampak seperti tempat yang tidak mungkin untuk dikebumikan. Bahkan,
ramai orang yang meninggal di sini tidak pernah berkubur, tapi masih ada
di dalam peti mati mereka yang tergantung di permukaan tebing itu.
Peti mati yang tertua dikenal pasti ada di sana lebih dari seratus
tahun, meskipun begitu kebiasaan menempatkan peti mati di tempat-tempat
yang hampir tidak dapat dikunjungi di tebing tersebut dimulai beberapa
ribu tahun yang lalu. Penduduk cenderung untuk dikuburkan di dalam tanah
hari ini.
China's Hanging Coffins
China's Hanging Coffins teletak di kawasan pedalaman iaitu di Gongxian, China. Pengebumian seperti ini dilakukan oleh etnik minoriti di Gongxian, China iaitu etnik Bo atau Sichuan dan Yunnan. Masyarakat ini percaya hal berkaitan dengan "auspicious" iaitu " "Coffins set high are considered auspicious. The
higher they are the more propitious for the dead. And those whose
coffins fell to the ground sooner were considered to be more fortunate."
Underwater Graveyard
Terdapat suatu kawasan kubur yang sangat istimewa, iaitu Neptune Memorial Reef, tiga batu
dari Key Biscayne, Florida menawarkan tempat peristirehatan terakhir
bagi orang-orang yang mencintai laut. Mayat dibakar, kemudian dicampur
dengan simen dan diletakkan di dasar laut dengan tanda memorial sebagai peringatan.
Perkuburan ini terletak 14 meter di bawah permukaan laut.
thanks to Mr. Google