Wednesday, August 8, 2012

Jerawat dan Maksudnya..

Jerawat biasanya tumbuh kerana faktor hormon dan juga kebersihan kulit. Fahaman kita mengatakan kulit yang terdedah kepada serangan bakteria dan berminyak memang mudah ditumbuhi jerawat. Tapi tahukah kita, setiap jerawat yang tumbuh itu mempunyai rahsia mengikut lokasi dimana ia tumbuh.
DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
 


Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
 


Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
 


Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
 

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
 

 
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
 
~ thanks to google ~

No comments:

Post a Comment