Thursday, September 13, 2012

Kuburan ~

Hari ini kita bercerita pasal keranda dan kubur...tempat persemadian terakhir manusia selepas kematian. Umumnya kita tahu bahawa badan kita atau dikenali sebagai jasad hanyalah pinjaman semata-mata. Selepas roh kita diambil dan dicabut, maka tinggallah jasad kita sahaja yang tak bernyawa. Jasad akan disemadikan, dikuburkan dan dibiarkan mereput bersama tanah....namun begitu, jenis penguburan sesuatu kaum sangat berbeza. Adakalanya jenis penguburan bedasarkan adat asal dan lama sesuatu kaum. Tidak semua manusia di dunia ini menanam jasad ke dalam tanah. Ada pelbagai-bagai jenis dan bermacam-macam cara manusia menguburkan atau menyemadikan jasad.

Colma Necropolis


 Pekan ini mempunyai 17 tempat pengkebumian untuk manusia dan satu untuk mengembumikan haiwan kesayangan. Yang mati lebih banyak daripada yang hidup dengan seribu  nisbah satu 1000:1!!!!! Colma memiliki 1,500 penduduk dan memiliki sekitar 1.5 juta kubur.

 Sedlec Ossuary




Sedlec Chapel yang berada di Kutna Hora, Republik Czech telah menjadi perkuburan selama hampir 900 tahun. Pada waktu itu, terdapat beribu-ribuan mayat dan jasad yang telah dikebumikan di situ. Setiap kematian yang disemadikan di Sedlec Chapel mempunyai cerita tersendiri, namun begitu kebanyakan kematian yang di catatkan adalah kerana wabak, peperangan, dan bencana alam.


City of the Dead



Di Dargavs, Ossetia Utara mempunyai koleksi 95 batu pembinaan dikenali sebagai Kota Orang-Orang Mati (City of the dead). Beberapa antaranya berada di bawah tanah, yang lain adalah di atas tanah, dan yang lain adalah sedikit daripada keduanya.

Fontanelle Cave Tombs



Fontanelle Cemetery merupakan suatu kawasan perkburan yang terletak di gua-gua bawah tanah di Naples, Itali. Bekas lombong batu telah pertama kali digunakan untuk pengebumian pada 1656 sebagai respon terhadap jumlah sangat besar daripada kematian kerana wabak.

 Capuchin Catacombs




Capuchin Catacombs di Palermo, Itali adalah sebuah lokasi bagi peyimpanan ribuan mumia yang dipamerkan. Mayat yang telah diawet dan dibalsem dikebumikan di kubur bawah tanah (catacomb) tetap dijaga lebih baik daripada tempat pengkebumian lain.

Hanging Coffins, Filipina




 Kawasan tebing batu kapur yang tinggi di Sagada, Filipina nampak seperti tempat yang tidak mungkin untuk dikebumikan. Bahkan, ramai orang yang meninggal di sini tidak pernah berkubur, tapi masih ada di dalam peti mati mereka yang tergantung di permukaan tebing itu.

Peti mati yang tertua dikenal pasti ada di sana lebih dari seratus tahun, meskipun begitu kebiasaan menempatkan peti mati di tempat-tempat yang hampir tidak dapat dikunjungi di tebing tersebut dimulai beberapa ribu tahun yang lalu. Penduduk cenderung untuk dikuburkan di dalam tanah hari ini.
  
China's Hanging Coffins



 
China's Hanging Coffins teletak di kawasan pedalaman iaitu di Gongxian, China. Pengebumian seperti ini dilakukan oleh etnik minoriti di Gongxian, China iaitu etnik Bo  atau Sichuan dan Yunnan. Masyarakat ini percaya hal berkaitan dengan "auspicious" iaitu " "Coffins set high are considered auspicious. The higher they are the more propitious for the dead. And those whose coffins fell to the ground sooner were considered to be more fortunate."

Underwater Graveyard




Terdapat suatu kawasan kubur yang sangat istimewa, iaitu Neptune Memorial Reef, tiga batu dari Key Biscayne, Florida menawarkan tempat peristirehatan terakhir bagi orang-orang yang mencintai laut. Mayat dibakar, kemudian dicampur dengan simen dan diletakkan di dasar laut dengan tanda memorial sebagai peringatan. Perkuburan ini terletak 14 meter di bawah permukaan laut.



thanks to Mr. Google

Tuesday, September 4, 2012

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Ku Akui - Hafiz (Lyric)

Sarapan Pagi Penting Ke?

Awal-awal pagi perot dah berdondang sayang minta di isi. Adakah ini akibat dan kesan daripada semalam iaitu tindakan yang agak kurang bernas dengan meninggalkan makan malam dan teros masuk tido tanpa menjamah sekelumit pun makanan. Hanya air sahaja menjadi alas ketika tidur...jadi kesannya......tadaaaaaaaaaaaaaaaa...pepagi dah lapar...padan muka....so....secara kebetulannya ada insan yang sepertinya memahami keadaan dan situasi ini telah menjemput dengan IKHLAS nya untuk sarapan pagi di lokasi yang sangat best dengan menunya yang sangat sedappppp....nam tempat tu ialah...Kedei Makan Rah Kampung Muara Tuang....hahahaha...sebab nyamanya sangat panjang kerana memasing tak tau nama kedai makan tersebut...yang di ketahui hanyalah kedei makan hujung kampung....Oleh kerana kelaparan yang teramat maka diodernya lah makanan seperti berikut  di bawah...hahahahaha...(makan sorang je ni...)

 Bee Hoon Goreng + Telor Mata Kerbau + Taknak Taugey


 Air Nescafe Panas + Ais

 
Satey Daging & Ayam + Kuah Kacang + Nasi Impit

Haaaaaa...amek ko...sangat kebulur nampaknya di hari ini....tapi ada orang cakap la...ambik sarapan pagi ni bebanyak ada kebaikkan juga...ye ke....ermmm....baiknyalah menambah energy bagai...tapi kalo keja opis...duk mengunyah setiap detik....tu kiranya tambah energy ke ekkkk..???

Tapi ada beberapa sebab mengapa sarapan pagi itu penting untuk semua....cekedot...

1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan.  Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan.Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.   Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.        

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.  Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang
 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.

Sumber Info : penerangan.gov.my